? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sabtu, 5 September 2009

Nasi Ayam Madu


hi smuaaa....igtkn smlm mls nk masak...letih plk blk kjeee..bru je berangan nk gi bli kat bazar jeeee...tba2 je hubby ckp nk makan nasi ayam...suh gi bli tak nak...dia nk cik iza kiter ni jga yg msak...blinya x sedap dia ckp....(ye la 2..nk bodek la 2 eiii) nk x nk kne la membuatnyaaa
ropanya bahan2 smua dia dah bli siap2....
Bahan-bahan untuk Nasi
3 cawan beras
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar marjerin
sedikit leher ayam/kepak ayam
air secukupnya untuk masak nasi
garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara-caranya
  • basuh beras hingga bersih ketepikan
  • tumis bawang putih dgn marjerin sehingga naik bau
  • masukkan beras kacau sebentar
  • masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras
  • masukkan leher ayam/kepak ayam kacau seketika
  • masukkan garam dan serbuk perasa
  • tutup periuk biarkn seketika kacau2 kn selalu sehingga masak

(suka masak nasi ayam nii kerana mudah dan cepat)

Bahan-bahan untuk ayam

1 ekor ayam dipotong kecil

5 sudu besar madu

5 sudu besar sos tiram

garam secukupnya

minyak untuk menggoreng

cara-caranya

  • bersihkn ayam masukkan kedalam bekas
  • campurkan semua bahan ke dalam bekas ayam
  • gaulkan semua sehingga sebati
  • perapkan ayam sebentar dan tutupkan
  • goreng ayam sehingga masak

Bahan-bahan untuk sos

  • 10 tangkai cili merah
  • 5 biji limau kasturi
  • 2 ulas bawang putih
  • gula,garam dan serbuk perasa secukupnya
  • sedikit air

Cara-caranya

  • kisarkan cili merah,air dan bawang putih sehingga halus
  • masukkan dlm periuk masakkan seketika
  • masukkan jus limau kasturi ( buangkan bijinya dahulu)
  • masukkan gula,garam dan serbuk perasa secukupnya
  • biarkan api kecil shj
  • apabila mendidih boleh la diangkat