? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Rabu, 30 Disember 2009

kentang goreng ikan bilis....

  • 6 biji ubi kentang (disagat nipis dan digoreng)
  • 2 biji bawang besar (didadu)
  • 3 biji bawang putih (didadu)
  • sedikit cili api (dimesin)
  • ikan bilis (ikut suka banyak/sedikit)
  • minyak masak
  • garam/serbuk perasa

tumis bawang ngan cili sehingga naik bau,masukkan kentang yg dah digoreng,kacau sebentar letakkan garam dgn perasa .

sumber resepi:chef fiza (adik aku)

Rabu, 25 November 2009

Jemput2 ikan



ha ni hidangan mlm td...cayang aku nii x nk mkn nasi..dia ckp nk mkn jemput2 ikan...dah 4 thn dia ckp x mkn...tpu tul laaa dia nii..pe pun lps blk kje trus je ke kip mart bli bhan2 tuk mmbuatnyaa (cewah baiknya ayat)

bahan-bahannya

1/2 kg tepung

semangkuk isi ikan kembung

3 sudu makan cili kering (yg dah dimesin)

2 ulas bawang besar (dipotong)

sehelai daun kunyit (dihiris halus)

20 helai daun selasih (dihiris halus)

sedikt garam dan serbuk perasa

air secukupnya

minyak (untuk menggoreng)

cara-caranya

masukkan smua bahan dlm bekas bancuh dgn air secukupnyaaaa

goreng dan sedia untuk dimkn...

Isnin, 7 September 2009

asam pedas ikan pari


Bahan-bahan
1/2 kg ikan pari dipotong kecil
2 ulas bawang besar *
4 ulas bawang putih *
sedikit halia *
sedikit kunyit hidup *
20 btg cili kering *
2 s/t serbuk lada hitam
air asam jawa
sedikit daun kesum
minyak masak
garam dan serbuk perasa
cara-caranya
  • ikan pari dicuci & direndam dgn gandum dan asam jawa...cuci hingga hilang bau hanyir
  • bahan yg bertanda dimesin hingga halus
  • panaskan periuk,masukkan bahan dimesin,serbuk lada hitam dan daun kesum,tumis hingga cilinya garing
  • bila cili garing masukkan air asam jawa ,biarkan seketika
  • masukkan ikan pari,biarkan mendidih sebentar,masukkan garam dan serbuk perasa
  • apabila ikan dah cukup masak boleh la dihidangkan

Sabtu, 5 September 2009

Nasi Ayam Madu


hi smuaaa....igtkn smlm mls nk masak...letih plk blk kjeee..bru je berangan nk gi bli kat bazar jeeee...tba2 je hubby ckp nk makan nasi ayam...suh gi bli tak nak...dia nk cik iza kiter ni jga yg msak...blinya x sedap dia ckp....(ye la 2..nk bodek la 2 eiii) nk x nk kne la membuatnyaaa
ropanya bahan2 smua dia dah bli siap2....
Bahan-bahan untuk Nasi
3 cawan beras
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar marjerin
sedikit leher ayam/kepak ayam
air secukupnya untuk masak nasi
garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara-caranya
  • basuh beras hingga bersih ketepikan
  • tumis bawang putih dgn marjerin sehingga naik bau
  • masukkan beras kacau sebentar
  • masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras
  • masukkan leher ayam/kepak ayam kacau seketika
  • masukkan garam dan serbuk perasa
  • tutup periuk biarkn seketika kacau2 kn selalu sehingga masak

(suka masak nasi ayam nii kerana mudah dan cepat)

Bahan-bahan untuk ayam

1 ekor ayam dipotong kecil

5 sudu besar madu

5 sudu besar sos tiram

garam secukupnya

minyak untuk menggoreng

cara-caranya

  • bersihkn ayam masukkan kedalam bekas
  • campurkan semua bahan ke dalam bekas ayam
  • gaulkan semua sehingga sebati
  • perapkan ayam sebentar dan tutupkan
  • goreng ayam sehingga masak

Bahan-bahan untuk sos

  • 10 tangkai cili merah
  • 5 biji limau kasturi
  • 2 ulas bawang putih
  • gula,garam dan serbuk perasa secukupnya
  • sedikit air

Cara-caranya

  • kisarkan cili merah,air dan bawang putih sehingga halus
  • masukkan dlm periuk masakkan seketika
  • masukkan jus limau kasturi ( buangkan bijinya dahulu)
  • masukkan gula,garam dan serbuk perasa secukupnya
  • biarkan api kecil shj
  • apabila mendidih boleh la diangkat

Jumaat, 4 September 2009

kek pelangi


kek ni kakak nk mkn....dah 2 3 hri merengek suh wat kn kek...kek ni resepi dr mak...nma kek sbnrnya mmg aku x tau..hehe...kek pelangi 2 aku yg mndai letak, x tau nk pgil kek ape...klu tya ngan mak,dia ckp kek bodoh nma dia..hehe...kek ni resepi dr zaman nenek aku dlu...tp x muak2 jga mkn....


bahan-bahan

1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
5 biji telur
1 s/t serbuk penaik
2 cawan tepung gandum
sedikit perisa vanilla/ros
sedikit pewarna kuning,hijau,merah

cara-caranya

pukul marjerin dgn gula hingga kembang,masukkan telur sebiji demi sebiji,pukul lg hingga kembang,masukkan perisa vanilla,masukkan tepung sedikit demi sedikit,pukul hingga kembang,asingkn adunan kpd 3 bhgian...warnakn setiap adunan ikut suka anda...masukkan adunan dlm loyang yg dah disapukan dgn marjerin,selang selikan mengikut warna..bakar hingga masak

kek batik




bahan-bahan

1 kg biskut marie(dipatah 4)
250 gm butter
5 biji telur
1 cawan serbuk koko/ serbuk milo
1 cawan gula halus


cara-caranya

pukul telur dgn gula hingga kembang,masukkan serbuk koko/ milo kacau sebati,ketepikan
panaskn kuali dgn ap yg perlahan,masukkan butter,biarkn butter cair,masukkan bahan yg dipukul tadi....biarkn seketika masukkan biskut marie td...kacau sebati...tutupkn api...angkat dan masukkan dlm loyang...biarkn sejuk...masukkan dlm peti sejuk...lbh kurang 2 jam,boleh la dikeluarkan potong dan boleh la dimakan

Khamis, 3 September 2009

kuih apam gula hangus




bahan-bahan A

1 cawan gula
1 cawan air
(dibuat gula hangus)
cara2 nya
msk kan gula dlm kuali (api sederhana shj)
biarkn sehingga gula cair dan agak perang.. masukkan air..kacau sehingga mendidih sedikit...tutup api..biarkn sejuk

bahan-bahan b

1 cawan gula halus
1 cawan marjerin
3 biji telur
1 s/t bikarbonat
3 cawan tepung

cara-caranya

pukul gula dengan marjerin sehingga kembang,masukkan telur 1 persatu,pukul lg hingga kembang,masukkan gula hangus yg dah disejukkan td....masukkan tepung sedikit demi sedikit selang selikan dgn bikarbonat...pukul lg hingga sebati...sapukn acuan dgn marjerin..masukkan adunan..kukus selama 15 minit....

Khamis, 27 Ogos 2009

puteri ayu




bahan-bahan

3 biji telur
1 sudu ovellette
1 cawan gula halus
2 cawan tepung
1 sudu teh serbuk penaik
pewarna hijau
1 cawan susu cair
kelapa parut (dikukus dahulu dan dicampur sedikit dgn tepung pulut)

cara-caranya

pukul telur dengan gula hingga kembang,masukkan ovellete pukul lg hingga menjadi gebu,masukkan tepun sedikit demi sedikit,pukul lg hingga sebati,masukkan serbuk penaik pukul lg,masukkan susu kacau hingga rata,letakkan pewarna hijau...kacau hingga rata...masukkan kelapa dlm acuan tekan2 sedikit masukkan adunan kukus selama 15 minit.....selamat mencuba

kuih bakar..




nk citer psl kuih bakar nii...sbnrnya aku ngidam nk makan kuih bakar blk kg bru2 nii...bkn x pndai nk buat sdrii sje je nk ngade2 ..nk sruh mak sedara abg wat kn...bila tanya ngan dia boleh tlg buatkn tak...dia ckp acuan dah x de lg...lgsung dia sruh mak mertua aku yg watkn..hehe...dpt jga la aku mkn hri mggu ari 2...byk aku mkn...sedappp


bahan-bahan

1 cawan gula
1 cawan telur
1 cawan santan pekat
1 cawan tepung
3 sudu besar jus pandan
sedikit bijan untuk hiasan
pewarna hijau

cara-caranya

pukul gula dengan telur hingga kembang,masukkan tepung sedikit demi sedikit,kacau lagi hingga sebati,masukkan santan sedikit demi sedikit kacau lagi,masukkan jus pandan,pewarna hijau kacau sebati
sapukan minyak pada acuan,masukkan minyak sedikit dlm acuan,panaskn acuan tadi..bila panas boleh la dikeluarkan dan letakkan adunan,taburkan bijan diatas adunan tadi..boleh la dibakar sehingga masak/sehingga tepi adunan garing..selamat mencuba

sumber resepi dari mak saudara...mudah dan sedap

Selasa, 25 Ogos 2009

Bubur Lambuk Sedili...




ha nii la bubur lambuk kg aku...sedap tau..hehe

Bahan-bahan

1 mangkuk beras
1 mangkuk santan pekat
2 sudu besar halba
2 sudu teh lada putih(kalau tak suka pedas boleh la dikurangkan)jika x suka blh la ditukarkan kpd lada hitam
5 ekor ikan kembung sederhana (direbus/dibakar)ambil isinya shj /ditumbuk/dikisar
1 ikat kangkong
1 ikat pucuk paku pakis kg
sedikit serbuk perasa
sedikit daun selasih
(kalau suka boleh la ditambah lobak dengan kentang)
2 ulas bawang besar (dikisar)
1 inci halia (dikisar)

cara-caranya

basuh beras hingga bersih msk dengan air hingga menjadi bubur,biarkan menjadi pekat mskkan santan pekat,kangkong,paku pakis,ikan,halia,bawang,lada putih,halba,dan serbuk perasa biarkan seketika bila sayur dah lembut blh la ditutup api..boleh la dihidangkan untuk berbuka puasa ..selamat mencuba