Rabu, 9 September 2009
hari yg bahagia......
Isnin, 7 September 2009
asam pedas ikan pari
- ikan pari dicuci & direndam dgn gandum dan asam jawa...cuci hingga hilang bau hanyir
- bahan yg bertanda dimesin hingga halus
- panaskan periuk,masukkan bahan dimesin,serbuk lada hitam dan daun kesum,tumis hingga cilinya garing
- bila cili garing masukkan air asam jawa ,biarkan seketika
- masukkan ikan pari,biarkan mendidih sebentar,masukkan garam dan serbuk perasa
- apabila ikan dah cukup masak boleh la dihidangkan
abah masuk hospital......
Hri jumaat lps aku dkjutkn dgn pggilan telefon dr pak sedaraku.....cu bgtau abah msk hospital, abah masuk hospital kota tinggi,hri sabtu bru aku dpt jenguk abah..msa aku dtg 2..abah lgsung x sedar,smp aku blk pun dia x sedar pe2...tgk keadaan abah 2...siannya,mudah2an abah cpt sembuh,aku tkjut tgk muka,badan abah smua bengkak2,kencing x lawas..doktor ckp mgkin ada komplikasi pd buah pinggang abah..blk dr jenguk abah..aku trus blk kg..tgk kn adik aku yg bongsu..cian diaaa sorang je kat umah,kul 11 hri ahad skali lg aku dkjutkn ngan panggilan mengatakan abah dipindahkn ke hospital sultanah aminah jb,ya allah harap2 abah x pe2...aku trus bergegas ke jb ....smp kat spital..abah bru je kuar dr labour room,bru je lps wat pembedahan kecil pd perut...pembedahan 2 pun tuk masukkan tiub air kencing...tp hri ni aku tgk abah dah ok skit,dah de selera mkn...alhamdulillah...bersyukur aku...harap2 x lma lg abah kuar la spital...aminnnn
Kad raya dr rakan2 cyber...
kad raya dr izzatie ishak....thanks samat hri ryaaaa
kad raya dr zu art creation
kad raya dr amy.."Seni Itu Indah "
kad raya dr inna "Merah samar cottage "
kad raya dr suesafiaa....
Kad raya dr kak inaa " Tertunailah Hasrat Dihati "Sabtu, 5 September 2009
Nasi Ayam Madu
- basuh beras hingga bersih ketepikan
- tumis bawang putih dgn marjerin sehingga naik bau
- masukkan beras kacau sebentar
- masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras
- masukkan leher ayam/kepak ayam kacau seketika
- masukkan garam dan serbuk perasa
- tutup periuk biarkn seketika kacau2 kn selalu sehingga masak
(suka masak nasi ayam nii kerana mudah dan cepat)
Bahan-bahan untuk ayam
1 ekor ayam dipotong kecil
5 sudu besar madu
5 sudu besar sos tiram
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng
cara-caranya
- bersihkn ayam masukkan kedalam bekas
- campurkan semua bahan ke dalam bekas ayam
- gaulkan semua sehingga sebati
- perapkan ayam sebentar dan tutupkan
- goreng ayam sehingga masak
Bahan-bahan untuk sos
- 10 tangkai cili merah
- 5 biji limau kasturi
- 2 ulas bawang putih
- gula,garam dan serbuk perasa secukupnya
- sedikit air
Cara-caranya
- kisarkan cili merah,air dan bawang putih sehingga halus
- masukkan dlm periuk masakkan seketika
- masukkan jus limau kasturi ( buangkan bijinya dahulu)
- masukkan gula,garam dan serbuk perasa secukupnya
- biarkan api kecil shj
- apabila mendidih boleh la diangkat
Jumaat, 4 September 2009
kek pelangi

kek ni kakak nk mkn....dah 2 3 hri merengek suh wat kn kek...kek ni resepi dr mak...nma kek sbnrnya mmg aku x tau..hehe...kek pelangi 2 aku yg mndai letak, x tau nk pgil kek ape...klu tya ngan mak,dia ckp kek bodoh nma dia..hehe...kek ni resepi dr zaman nenek aku dlu...tp x muak2 jga mkn....
bahan-bahan
1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
5 biji telur
1 s/t serbuk penaik
2 cawan tepung gandum
sedikit perisa vanilla/ros
sedikit pewarna kuning,hijau,merah
cara-caranya
pukul marjerin dgn gula hingga kembang,masukkan telur sebiji demi sebiji,pukul lg hingga kembang,masukkan perisa vanilla,masukkan tepung sedikit demi sedikit,pukul hingga kembang,asingkn adunan kpd 3 bhgian...warnakn setiap adunan ikut suka anda...masukkan adunan dlm loyang yg dah disapukan dgn marjerin,selang selikan mengikut warna..bakar hingga masak













